Google & Blockchain Ini Bekerjasama, Token Diasaskannya Naik Tinggi!

966

“Wow nampaknya Google semakin berminat untuk sertai dunia kripto.”

Tanpa disedari, bahagian cloud gergasi teknologi Google (GOOGL) tampaknya pantas bertindak menyertai blockchain Flare sebagai sebahagian daripada matlamatnya bagi menjadi validator termasuk penyedia infrastruktur.

Google Cloud ialah salah satu daripada 100 organisasi yang mengaplikasikan peranan gabungan tersebut di mana ia dapat melindungi rangkaian sebagai validator dan menyumbang pada Flare Time Series Oracle (FTSO).

Suka dimaklumkan bahawa Flare yang menamakan dirinya sebagai “blockchain untuk data” telah memberikan pembangun akses pada data decentralized melalui sistem Orcale mereka.

Diperjelaskan lebih terperinci, Oracle merujuk pada entiti yang menyambungkan rangkaian ke sistem luaran seterusnya membenarkan kontrak pintar dilaksanakan berdasarkan input dan output dari dunia luar.

Pembekal infrastruktur Flare merupakan pihak bertanggungjawab yang menyediakan data berkualiti tinggi sekali gus membantu pembangun membina kes penggunaan untuk teknologi blockchain dan kemudian menerima pakainya.

Umum mengetahui terdapat beberapa entiti menawarkan akses pada volum data seperti Google Cloud yang mengembangkan lagi ekosistem Flare dan penggunaan blockchain berterusan di gergasi teknologi misalnya Google.

Sejurus selepas Google dan Flare bekerjasama, harga token diasaskannya FLR berjaya mendaki sebanyak 34.36% pada paras $0.02 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $753 juta dan raih 29.25% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat