Google Cloud Sedia Menjadi Perintis Perkhidmatan Web 3.0

521

Syarikat teknologi gergasi dunia, Google telah mengumumkan rancangan pembabitan dunia Web 3.0, mengikut jejak langkah firma lain seperti Amazon dan Microsoft.

Di bawah perkhidmatan pengkomputeran awan, Google Cloud, sebuah jabatan baharu telah ditubuhkan dengan fokus terhadap pembangunan infrastruktur blockchain.

Menurut kenyataan daripada timbalan presiden, Amit Zavery melalui satu kiriman emel kepada seluruh stafnya, keputusan yang diambil bukan bermakna mereka akan menceburi bidang kripto:

“Kita tidak akan menjadi sebahagian daripada gelombang kripto. Sebaliknya kita menyediakan teknologi kepada syarikat untuk menggunakan dan memanfaatkan kebolehan Web3 untuk perniagaan dan peruncitan semasa.”

Zavery yakin Google mampu menubuhkan sebuah sistem yang memudahkan pengguna untuk meneroka kewujudan data blockchain melalui pendedahan yang ringkas dan mudah difahami, lagi-lagi apabila melibatkan pemprosesan nod, keperluan dalam pengesahan dengan penyimpanan transaksi.

Tidak dinafikan ini merupakan satu rancangan jangka panjang kerana aplikasi berasaskan blockchain lambat-laun akan menjadi pilihan kebanyakan industri termasuk perkhidmatan kewangan dan peruncitan.

Sebelum ini pada Januari, Google Cloud telah membentangkan rancangan pasukan aset digital untuk bekerjasama dengan pengguna ketika pertumbuhan sektor NFT sedang rancak.

Mereka juga tanpa berselindung mendedahkan sedang meneroka cara terbaik untuk menghubungkan pengguna dengan pembayaran digital dalam mata wang kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat