Google Disaman $5 Bilion Didakwa Ceroboh Privasi Pengguna

436

Tindakan Google melanggar privasi jutaan penggunanya dengan menjejaki penggunaan internet mereka menggunakan layar mod rahsia akhirnya didapati bersalah apabila syarikat tersebut disaman semalam.

Tuntutan saman yang bernilai hampir $5 bilion, menuduh Alphabet Inc dalam diam mengumpul maklumat aktiviti pengguna seperti perkara yang dilihat dalam talian dan lokasi penggunaan walaupun mereka telah mengaktifkan mod ‘Incognito’.

Saman tersebut, yang difailkan di mahkamah persekutuan di San Jose, California turut mendedahkan bahawa syarikat tersebut mengumpul data pengguna menggunakan Google Analytics, Google Ad Manager dan beberapa aplikasi lain termasuk plug-ins laman web, tanpa mengira sama ada pengguna mengklik iklan dari Google.

Secara tidak langsung Google dapat mengenali identiti pengguna menerusi pengumpulan maklumat seperti kenalan pengguna, hobi, makanan kegemaran, tabiat membeli belah dan juga hal-hal intim termasuk perkara yang memalukan menerusi akses carian pengguna dalam talian.

Tuntutan saman tersebut menjelaskan Google perlu berhenti masuk campur dalam kehidupan peribadi pengguna dengan cara yang salah, mengumpul data pengguna dari layar yang mereka akses sama ada menggunakan komputer atau telefon pintar.

Manakala jurucakap Google, Jose Castaneda menolak dakwaan tersebut dengan menyatakan pihak mereka terlebih dahulu memaklumkan bahawa maklumat yang mereka perolehi daripada layar mod ‘Ingcognito’ akan dikumpul oleh laman web menerusi paparan pertama setiap kali layar ‘Incognito’ diakses.

Isu tersebut sudah lama menjadi perhatian penyelidik keselamatan komputer terhadap tindakan Google berkemungkinan mengumpul maklumat melalui profil pengguna dengan menjejaki identiti mereka dengan pelbagai mod layar, menggabungkan maklumat privasi dan maklumat biasa dari internet.

Saman yang dikemukakan turut mewakili daripada berjuta pengguna Google yang mana sejak 1 Jun 2016 menggunakan internet dalam layar mod rahsia, Incognito. Sekurang-kurang ganti rugi yang dikenakan berjumlah $5,000 bagi setiap satu pengguna kerana melanggar undang-undang persekutan dan undang-undang privasi California.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat