Kali ini bukan main-main, confirm tak payah balik office.
Google yang dimiliki oleh Alphabet Inc telah mengeluarkan kenyataan mengenai pelan penangguhan untuk kembali bekerja di pejabat pada bulan Januari akibat daripada kemunculan varian Omicron serta beberapa rintangan terhadap vaksinasi yang dimandatkan oleh syarikat.
Pada Ogos yang lalu Google telah menjangkakan pekerja akan datang semula ke pejabat dalam masa kira-kira 3 hari seminggu mulai 10 Januari tahun depan bagi menamatkan dasar kerja dari rumah.
Namun, pada Khamis pihak eksekutif Google telah memberitahu pekerja bahawa syarikat itu akan menangguhkan tarikh akhir melebihi tarikh tersebut.
Google telah mengemas kini pelan tersebut selari dengan panduan awal bahawa pengembalian ke tempat kerja akan bermula tidak lebih awal daripada 10 Januari dan bergantung pada keadaan semasa.
Menurut data Google, hampir 40% pekerja Amerika Syarikat telah datang ke pejabat dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan peratusan yang lebih tinggi di bahagian lain di dunia.
Menurut rekod, beratus -ratus pekerja telah membantah mandat vaksinasi syarikat untuk mereka yang bekerja kontrak kerajaan AS.
Dalam pada itu, Google merupakan salah satu syarikat pertama yang meminta pekerjanya bekerja dari rumah semasa pandemik kerana ia mempunyai kira-kira 85 pejabat di hampir 60 negara.