Grab Hadapi Krisis Terbesar Sepanjang 8 Tahun Perkhidmatan

571

Ketua Eksekutif Grab, Anthony Tan mengakui bahawa wabak pandemik Covid-19 merupakan cabaran terbesar bagi perkhidmatan pengangkutan di Asia Tenggara sepanjang lapan tahun mereka berada di pasaran.

Menurut beliau, cabaran yang dihadapi memerlukan mereka untuk membuat keputusan terhadap pengurangan kos dan pengurusan modal. Ia turut melibatkan kesan terhadap operasi, perniagaan dan hubungan rakan kongsi.

Syarikat Grab yang berpangkalan di Singapura merupakan syarikat baru yang paling berharga di Asia Tenggara kerana kepesatannya dalam perkhidmatan tidak hanya terhad kepada pengangkutan tetapi juga penghantaran makanan dan perkhidmatan lain.

Pada Februari sahaja Grab berjaya mengumpulkan lebih dari RM3.71 bilion untuk membiayai usaha perkhidmatan kewangan di rantau ini.

Namun, perkhidmatan pengangkutan yang susut akibat daripada perintah kawalan pergerakan di seluruh negara Asia Tenggara menyebabkan mereka berusaha untuk mengimbangi kekurangan tersebut dengan memfokuskan kepada servis penghantaran makanan yang meningkat naik.

“Keputusan dan perubahan besar akan dilakukan untuk kami menilai kesannya terhadap perniagaan ini.

“Kami akan mengambil kira kos, menguruskan modal dengan cekap dan membuat penyesuaian operasi yang diperlukan untuk mengatasi cabaran ini dan mencari jalan untuk kembalikan keuntungan,” katanya.

Kenyataan beliau memberi gambaran mengenai Softbank Group Corp, pelabur utama Grab yang sedang mengalami masalah pelaburan terhadap WeWork. Dilaporkan Softbank telah meramalkan rekod kerugian operasi sebanyak RM54.76 bilion untuk tahun fiskal yang berakhir pada bulan Mac.

Pemilik Softbank Group, Masayoshi Son turut melabur kepada dua syarikat perkhidmatan pengangkutan yang lain, Uber Technologies Inc dan Didi Chuxing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat