Green Packet Bhd Mahu Kumpul RM328.37 Juta Guna Langkah Ini

197

Green Packet Bhd (GBP) bercadang untuk melaksanakan terbitan hak saham biasa baharu yang boleh dilepas beserta waran boleh lepas percuma bagi mengumpul RM328.37 juta.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat telekomunikasi; media dan teknologi berkata, cadangan terbitan hak tersebut dijangka dibuat berdasarkan harga terbitan indikatif sebanyak RM0.34 sesaham.

“Bagaimanapun, harga terbitan akhir perlulah ditentukan serta ditetapkan oleh lembaga pengarah serta diumumkan pada tarikh yang akan datang selepas mendapat semua kelulusan yang berkaitan.

“Ini mungkin melibatkan terbitan indikatif sehingga 965.80 juta saham hak beserta sehingga 643.86 juta waran berdasarkan asas kelayakan indikatif tiga saham hak bagi setiap lima saham GPB sedia ada, yang dipegang bersama dengan dua waran boleh lepas percuma untuk setiap tiga saham hak yang dilanggan,” ujarnya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Sehingga 6 Mei lalu, jumlah modal saham terbitan GPB adalah RM305.19 juta, merangkumi 1.26 bilion saham termasuk 7.70 juta saham perbendaharaan.

Tambah makluman terbabit, cadangan terbitan hak dengan waran adalah saluran yang paling sesuai untuk mengumpul pembiayaan yang diperlukan tanpa menanggung perbelanjaan faedah berbanding pinjaman bank.

Selain itu, cadangan pelaksanaan tersebut dijangka akan mengukuhkan kedudukan kewangan dan asas modal syarikat berkenaan dengan meningkatkan aset bersihnya termasuk menyediakan fleksibiliti kewangan yang lebih besar.

Langkah berkenaan juga akan memantapkan kedudukan kewangan keseluruhan syarikat kerana ini akan melonjakkan ekuiti pemegang saham termasuk mengukuhkan asas modalnya.

“Peningkatan bilangan saham GPB yang timbul daripada terbitan saham hak dan pelaksanaan waran ke dalam GPB baharu dijangka mencairkan kerugian sesaham syarikat,” jelasnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat