GRT – Infrastruktur Desentralisasi Yang Dipercayai Ramai

145

The Graph atau GRT merupakan protokol indeks yang meminta data untuk jaringan seperti Ethereum dan IPFS bagi menguatkan lagi pelbagai aplikasi di kedua-dua DeFi dan ekosistem Web3 untuk berkembang dengan lebih luas.

Pasukan pengasasnya terdiri daripada Yaniv Tal (Ketua Projek), Brandon Ramirez (Ketua Penyelidikan) dan Jannis Pohlmann (Peneraju Teknologi) bekerjasama dalam membawa GRT sebagai infrastruktur awam desentralisasi yang boleh dipercayai ke pasaran arus perdana.

Sehingga kini, lebih daripada 3,000 subgraf telah digunakan oleh ribuan pemaju, untuk DApps seperti Uniswap, Synthetix, Aragon, AAVE, Gnosis, Balancer, Livepeer, DAOstack, Decentraland dan sebagainya.

The Graph mempunyai komuniti global yang termasuk lebih daripada 200 Nod Pengindeks di testnet dan lebih daripada 2,000 kurator dalam Program Kurator pada Oktober 2020.

Dapat diperhatikan pada carta GRT/USDT, harga GRT telah tersenarai di platform Binance pada Disember 2020 dan ia terus mempamerkan lonjakan yang agresif melebihi 2,000% sebelum membuat penurunan menjelang pembukaan pasaran 2021.

Menyambung pasaran 2021, pergerakan harga GRT terus kembali membuat lonjakan melebihi 900% untuk mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $2.88.

Namun momentum kenaikan itu tidak berjaya diteruskan apabila pergerakan harga GRT kembali menyusut sehingga ke paras sokongan $0.60 yang juga didorong oleh kejatuhan nilai Bitcoin.

Pergerakan harga GRT pada pasaran Jun sedikit mendatar (sideway) yang dapat dilihat harga masih lagi menantikan sentimen yang positif bagi menyokong harga kembali melonjak.

Jangkaan seterusnya oleh pakar penganalisis menjangkakan harga GRT bakal kembali menuju paras SBR (support become resistance) di sekitar harga $0.90 yang juga akan menjadi paras tumpuan sebelum harga meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Jika pergerakan harga GRT berjaya menembusi paras SBR $0.90, harga dijangka bakal menguji paras SBR seterusnya sekitar $1.30 untuk memberi isyarat kepada para pelabur akan terjadinya perubahan trend.

Namun sekiranya penurunan harga terus bersambung, paras sokongan $0.60 bakal ditembusi dan dijangka bakal menuju semula ke paras pembukaan pasaran 2021 sekitar harga $0.30.

Setakat jam 11.00 pagi waktu tempatan, harga GRt sedikit melonjak sekitar 1% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.68.

Lihat gambar carta matawang kripto GRT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat