Gucci Jadi Jenama Eksklusif Pertama Terima Pembayaran ApeCoin

206

Gucci merupakan jenama fesyen mewah terkenal pertama yang menerima pembayaran menggunakan ApeCoin (APE).

Kolaborasi Gucci bersama ApeCoin telah membolehkan projek ApeCoin memberi pendedahan yang baru pada masa akan datang seperti dalam bentuk utiliti untuk kripto tersebut.

Kini, para pelanggan Gucci di Amerika Syarikat (AS) dapat membeli barangannya dengan menggunakan ApeCoin. Infrastruktur pembayaran bakal disediakan oleh BitPay, sebuah firma yang dapat menerima pembayaran dalam kripto.

Walaupun keadaan pasaran kripto berada dalam keadaan bearish, Gucci mengambil serius untuk memasuki sektor kripto pada tahun ini. Sebelum ini Gucci telah melancarkan “SUPERGUCCI” NFT kolaborasi bersama jenama SUPERLASTIC.

Dan pada bulan berikutnya Gucci telah melancarkan koleksi NFT “Gucci Grail’ untuk menarik perhatian para pemilik projek NFT yang terkenal seperti Bored Ape Yatch Club (BAYC).

Gucci juga menegaskan bahawa mereka juga akan mula menerima 12 aset kripto seperti Bitcoin (BTC), Bitcoin Cash (BCH), Ether (ETH), Wrapped Bitcoin (WBTC), Litecoin (LTC), Shiba Inu (SHIB), Dogecoin (DOGE) dan lima stablecoins US dolar untuk kaedah pembayaran mereka di 111 kedai di Amerika Utara.

Selain itu, pengumpul BAYC dilihat telah menunjukkan sokongan yang kuat terhadap pergerakan kripto Gucci sekarang ini.

Hal ini dapat dibuktikan apabila personaliti Twitter, NBATopShotEast telah menjadi individu pertama yang membeli barangan Gucci menggunakan ETH termasuklah dua individu BAYC yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat