Guna XRPL, Ducati Lancar Koleksi NFT!

299

“Wow tahniah, nampaknya XRPL semakin raih populariti.”

Ducati, syarikat pengeluar kereta Itali terkenal yang merancang untuk meneroka ekosistem Web3 telah berjaya melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) pada XRP Ledger ataupun lebih dikenali sebagai XRPL.

Ducati yang turut memanfaatkan kuasa teknologi XRPL untuk beberapa projeknya telah memeterai perjanjian bersama NFT PRO dalam mengeluarkan NFT yang dapat mengembangkan lagi peminatnya di seluruh dunia.

Walaupun koleksi NFT adalah antara perkara paling penting dalam kempen Ducati Web3, pasukannya juga akan melaksanakan beberapa acara dibangunkan melalui aggregation digital baharu termasuk penglibatan lain berhubung Web3.

Namun, penggunaan XRPL akan diutamakan susulan ia memiliki protokol blockchain cekap yang direka bentuk untuk neutral Karbon, sebelum ini Ducati memanfaatkan XRPL melalui penjualan motosikal dalam talian pada 1 Januari 2000.

Suka dimaklumkan XRPL telah menyaksikan pertumbuhan pesat sejak beberapa bulan lalu setelah usaha pembangun dipergiatkan secara menyeluruh, ditambah pula Ducati yang menerima protokol itu adalah salah satu bukti XRPL kian berkembang.

Memang tidak dinafikan sebahagian besar protokol blockchain seperti Layer-1 dan 2 sesuai untuk menyimpan NFT , tetapi perlu diketahui hanya beberapa sahaja yang memenuhi keperluan jenama institusi, antaranya adalah Polygon.

Meskipun begitu, Polygon dan XRPL sangat digemari oleh pelbagai firma dan pembangun dan kini harga XRP melonjak sebanyak 1.85% pada paras $0.70 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $37 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat