Ha Itulah! Kan Dah Bagi Warning Pasal US Dolar!

1,491

Lebih dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang memulih, mata wang US dolar didagangkan menyusut pada Selasa semalam mengubah corak pengukuhan yang dipaparkan pada mulanya di awal minggu.

Ini adalah didorong oleh terbitan data pertumbuhan ekonomi China yang memaparkan bacaan lebih baik daripada ramalan, menggambarkan perkembangan yang positif ekonomi global.

Justeru, penganalisis menilai penyusutan US dolar dilihat kembali semula ke landasan sebenarnya, berdasarkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) besar kemungkinan akan semakin menuju ke arah pelonggaran dasar monetari, yang boleh mendorong nilai mata wang semakin melemah.

Situasi itu telah memberi ruang semula untuk kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk meningkat semula menuju dagangan penghujung minggu.

Mata wang Eropah, Euro dan Pound berjaya meningkat berbanding US dolar walaupun data berkaitan yang diterbitkan tidak cukup memberangsangkan.

Laporan data pekerjaan UK agak bercampur dengan kadar pengangguran yang meningkat adalah membimbangkan selain tuntutan faedah pengangguran yang turut meningkat.

Tumpuan pada sesi Eropah hari ini pula akan terarah pada terbitan data inflasi UK pada jam 2 petang untuk pelabur mendapatkan gambaran bagi dasar monetari oleh Bank of England (BOE) pada mesyuarat polisi seterusnya.

Di sesi New York semalam memfokuskan bacaan data inflasi Kanada yang semakin rendah ke paras 4.3% untuk Mac 2023, bacaan yang terendah sejak Ogos 2021.

Bakal membuatkan dolar Kanada melemah, ini semakin mendorong bank pusat Kanada (BOC) untuk beralih pula ke arah pelonggaran dasar setelah menghentikan fasa pengetatan sebelum ini.

Namun berbeza berbanding dolar Aussie yang berjaya meningkat nilainya semalam susulan butiran minit mesyuarat yang hawkish oleh Reserve Bank of Australia (RBA) dengan kenaikan kadar faedah dijangka akan berlaku pada mesyuarat terbaru sebelum bank pusat mula menghentikannya.

Perkembangan positif bagi pasaran komoditi, emas dan perak memanfaatkan situasi penyusutan US dolar untuk didagangkan meningkat semula dengan nilai emas berjaya melepasi semula paras $2,000.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat