Habislah! Aktiviti Ekonomi Eropah Jatuh Balik

595

Penerbitan data pembuatan dan perkhidmatan dari Zon Eropah dan United Kingdom (UK) menjadi tumpuan utama pasaran hari ini setelah ia mempamerkan bacaan yang bercampur-campur pada September.

Kegiatan perniagaan Perancis kembali menunjukkan penguncupan dengan mencapai paras terendah empat bulan pada September kepada 47.5 daripada 51.5, setelah menyaksikan penurunan ketara dalam perkhidmatan berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, sektor pembuatan pula sebaliknya dengan kembali berkembang pada September dengan mencatatkan peningkatan kepada 50.9 daripada 49.8 yang dicatatkan sebelum ini.

Sementara di Jerman pula, sektor pembuatan menunjukkan pengembangan terbesar dalam tempoh 2 tahun dengan kenaikan pada 56.6. Ini disokong oleh pertambahan dalam pengeluaran yang selari dengan peningkatan aliran masuk dalam pekerjaan baru.

Dalam pada itu, sektor perkhidmatan di Jerman mencatatkan sedikit penurunan pada 53.7, menunjukkan pertumbuhan yang kembali agak perlahan dalam aktiviti perniagaan pada bulan September.

Tuntasnya, situasi ini telah mendorong kepada peningkatan dalam sektor pembuatan di Zon Eropah dengan meningkat pada 53.7, sementara sektor perkhidmatan pula kembali mencatatkan penguncupan dengan kejatuhan pada 47.6.

Bagaimanapun, kelembapan mendadak dalam sektor perkhidmatan pada bulan ini nyata membimbangkan ketua ekonomi perniagaan IHS Markit, Chris Williamson yang menyatakan Zon Eropah boleh jatuh ke dalam kemelesetan pada tiga bulan akan datang disebabkan penguncupan ini.

Sementara itu, turut menjadi perhatian pada sesi Eropah adalah penerbitan data sektor pembuatan di UK yang menepati jangkaan pasaran namun mencatatkan penurunan dari tahap tertinggi 2 tahun yang direkodkan sebelum ini, sementara aktiviti perkhidmatan juga memaparkan penurunan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat