Habislah! Amazon Didakwa Menipu Pengguna!

1,465

Dalam aduan yang dikemukan kepada Federal Trade Commission pada Rabu, syarikat e-dagang popular dunia, Amazon didakwa telah menipu penggunanya melalui iklan berbayar.

Lebih daripada suku hasil carian Amazon didakwa ditaja oleh pihak ketiga dan tidak dikategorikan mengikut kesesuaian kepada rata-rata penggunanya.

Aduan tersebut difailkan oleh gabungan kesatuan buruh Amerika Syarikat (AS), Strategic Organizing Center (SOC).

Menurut mereka lebih 130,000 hasil carian didapati telah melanggar garis panduan yang ditetapkan FTC untuk pengecaman iklan dalam talian.

Tetapi jurucakap Amazon sebaliknya menidakkan dakwaan tersebut, melabelkan aduan SOC sebagai ‘salah’ dan ‘merujuk kepada salah nyata panduan FTC’.

Jelasnya lagi, Amazon direka dengan objektif mahu memudahkan penggunanya mencari produk yang sesuai dan terbaik mengikut keperluan mereka.

Manakala iklan yang ditaja pula merupakan salah satu cara untuk menemukan pengguna dengan produk yang berpotensi menarik perhatian mereka.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada komen daripada FTC.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat