Habislah RBNZ! Lonjakan Inflasi New Zealand ‘Mengerikan’

669

Pembukaan sesi Asia hari ini dihiasi oleh penerbitan data inflasi New Zealand yang memberangsangkan sehingga mendorong dolar kiwi melonjak lebih tinggi pada awal sesi.

Inflasi tahun telah mencapai tahap tertinggi hampir 10 tahun iaitu 3.3% setelah indeks harga pengguna melonjak 1.3% pada suku kedua. Bacaan ini adalah dua kali ganda daripada yang dicatatkan pada suku pertama iaitu 1.5%.

Angka inflasi yang dikeluarkan oleh Statistik New Zealand ini, juga jauh lebih tinggi daripada yang dijangkakan oleh pasaran dan ini telah mendorong kepada spekulasi untuk kenaikan kadar faedah lebih cepat.

Kiwibank kini menyertai beberapa institusi kewangan lain yang meramalkan kenaikan kadar faedah yang lebih cepat oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ).

Susulan daripada penerbitan data inflasi pada pagi ini, Menteri Kewangan Grant Robertson mengatakan inflasi adalah ‘masalah pertumbuhan’, kerana pengembangannya yang tidak dijangka.

Namun begitu, Robertson mengatakan bahawa beliau tidak akan memberitahu bank pusat bagaimana untuk melakukan tugasnya, atau memilih antara mandat pekerjaannya dan mandat inflasi.

Hal ini kerana bank mampu melihat kedua-dua bahagian mandat ini dan mengetahui bagaimana menguruskannya dalam situasi tertentu.

Sementara itu, ANZ Bank menyifatkan kenaikan inflasi sebagai ‘mengerikan’ dan ASB Bank pula menjangkakan inflasi akan menghampiri tahap 4% pada akhir tahun ini, dengan risiko inflasi yang tinggi akan bertahan hingga tahun depan.

Dolar kiwi telah melonjak lebih tinggi pada awal sesi Asia, namun dagangannya terbantut disebabkan US dolar yang kuat menyebabkannya kekal didagangkan di sekitar harga 0.70000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat