Habislah Trump Jika Negara Lain Turut Mengundi!

885

Berdasarkan sebuah tinjauan, Joe Biden didakwa akan mengalahkan Donald Trump dalam pilihan raya presiden AS yang akan datang sekiranya rakyat Eropah mengundi. Selain itu, terdapat 5 negara yang menjalani tinjauan tersebut iaitu Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol.

Menurut data yang dikeluarkan, Jerman merupakan penyokong Biden yang paling bersemangat, dengan 66% mengatakan bahawa mereka akan menyokong Demokrat jika dibenarkan untuk memilih. Hanya 8% rakyat negara tersebut mengatakan bahawa mereka akan memilih Trump, sementara 27% lagi tidak mengemukakan keputusan mereka.

Di samping itu, Trump dikhabarkan mendapat tempat di Itali, dengan 15% rakyat negara itu akan menyokongnya sebagai calon Republikan. Namun, Biden tetap mencatatkan undian tertinggi sebanyak 3 kali ganda iaitu sebanyak 42%.

Di seluruh Eropah, keputusan Trump agar AS menarik diri dari perjanjian iklim Paris 2015 adalah salah satu langkah yang kurang disambut baik, dengan penilaian persetujuan satu digit kecuali Sepanyol, di mana 11% bersetuju.

Begitu juga dengan rancangannya untuk membina tembok di sepanjang sempadan AS dengan Mexico hampir menerima nasib yang sama hanya dengan persetujuan sebanyak 17%.

Sementara itu, kebanyakan rakyat Eropah mengatakan bahawa mereka berminat dalam pilihan raya presiden berkenaan. Contohnya, rakyat Jerman yang mengikuti perkembangan pilihan raya tersebut dengan hampir 85%, sementara negara-negara lain hanya mencatatkan 70%.

Di samping itu, hanya 22% rakyat negara tersebut mengatakan bahawa mereka memandang AS secara positif manakala Itali adalah negara yang paling disukai AS, dengan 38% menyatakan bahawa mereka mempunyai pandangan yang baik terhadap negara kuasa besar itu.

 

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat