Hacker Terima Padah Curi Lagu Ed Sheeran Demi Ganjaran Kripto!

170

Seorang penggodam komputer dikenakan hukuman penjara 18 bulan selepas mencuri lagu bintang pop British Ed Sheeran dan artis rap Amerika Lil Uzi Vert yang belum diterbitkan.

Rentetan itu, polis City of London dan pihak berkuasa Amerika Syarikat berganding bahu menyiasat kes tersebut sejurus selepas syarikat pengurusan pemuzik melaporkan terdapat seorang individu dikenali sebagai Spirdmark telah menggodam akaun cloud-based artis-artis berkenaan.

Adrian Kwiatkowski, berumur 23 dari Ipswich selatan England telah menggodam akaun tersebut bagi menjual lagu mereka di darkweb untuk memperoleh ganjaran melalui mata wang kripto, yang kini menjana 131,000 pound ($147,000).

Kwiatkowski disifatkan sebagai seorang yang pentingkan diri kerana tidak menghiraukan kerja keras pemuzik menghasilkan karya tersebut demi memperoleh sejumlah wang untuk dirinya sendiri, tegas  Joanne Jakymec dari Crown Prosecution Service.

Oleh demikian, Kwiatkowski dijatuhi hukuman di Mahkamah Mahkota Ipswitch selepas mengaku kesalahannya pada Ogos dengan 14 kesalahan hak cipta serta tiga pertuduhan penyalahgunaan komputer.

Difahamkan, Pejabat Peguam Daerah Manhattan mengenal pasti address IP peranti yang digunakan penggodam adalah daripada alamat rumahnya semasa melancarkan siasatan pada tahun 2019.

Ekoran itu, Kwiatkowski ditangkap oleh Unit Jenayah Harta Intelek Polis Kota London selepas siasatan lanjut dibuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat