Hackers Dedahkan Sisi Sebenar Trump, Minta Ganjaran Kripto

1,132

Berbaki enam hari sahaja lagi sebelum pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), laman web kempen Presiden Donald Trump telah digodam.

Laporan itu telah diumumkan oleh Pengarah Komunikasi kempen pilihan raya Trump, Tim Murtaugh menerusi kicauan Twitter pada hari ini.

Bagaimanapun pihak kempen Trump bernasib baik kerana tidak terdedah dengan sebarang kecurian data penting memandangkan tiada hal sulit disimpan di dalam laman web tersebut.

Dalam jenayah tersebut, hackers yang masih gagal dikenalpasti memuatnaik satu notis berbunyi, “Seluruh dunia telah ditipu oleh Presiden Donald J Trump. Masanya untuk kita tahu kebenarannya.”

Menerusi notis yang sama, mereka mendakwa memiliki bukti bahawa pentadbiran Trump bertanggungjawab terhadap kewujudan wabak pandemik COVID-19 termasuk jenayah Trump dengan kerjasama pihak luar dalam manipulasi pilihan raya 2020.

Susulan daripada itu, penggodam itu menuntut matawang kripto atas dakwaan memiliki maklumat sulit serta usaha mereka dalam mendedahkan rahsia tersebut.

Ini bukan kali pertama laman media sosial individu ternama digodam dan mempunyai kaitan dengan matawang kripto.

Sebelum ini pada Julai, berlaku jenayah godam besar-besaran di Twitter melibatkan akaun bekas presiden AS, Barack Obama, pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates dan pengasas Tesla Inc, Elon Musk.

Tidak ketinggalan Perdana Menteri India, Narendra Modi turut menjadi mangsa jenayah yang sama pada September, di mana penggodam itu meminta sumbangan dalam bentuk matawang kripto.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat