Hampir 2 Trilion Shiba Inu Mengalir Keluar Deras!

317

Pemindahan sejumlah besar memecoin kedua terbesar di dunia Shiba Inu (SHIB) telah dilakukan semasa harganya berada dalam keadaan bearish berikutan krisis FTX yang masih tiada penghujung.

Diperjelaskan lebih lanjut, SHIB yang telah dipindahkan daripada Crypto.com ke Binance melalui pelbagai transaksi adalah berjumlah 1.8 trilion ($16.56 juta).

Namun, harganya kini melakukan penyusutan sedikit pada paras 0.000009 dengan jumlah dagangan $144.5 juta dalam tempoh 24 jam lalu.

Manakala, paras pasarannya mencatatkan $4.9 bilion walaupun pasaran kripto masih dalam momentum volatile disebabkan tercetusnya kejatuhan syarikat exchanger kripto tersebut.

Sementara itu, pemindahan tersebut dilaporkan berlaku semasa SHIB berada dalam proses membangunkan metaverse tersendirinya yang digelar Shiberse bagi memperkembangkan ekosistem serta menarik lebih ramai pihak bekerjasama dengan SHIB.

Suka dimaklumkan juga bahawa SHIB sungguh yakin para komunitinya mampu wujudkan peluang besar dan pengalaman baharu jika inovasi DeFi diwujudkan.

Oleh demikian, Shytoshi Kusama, pengasas SHIB telah melaksanakan tinjauan terhadap komunitinya dengan memaklumkan bahawa beliau dijemput memeterai perjanjian bersama Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Walaupun begitu, hanya terdapat 62% individu yang telah bersetuju dengan kerjasama antara SHIB dan WEF mengenai dasar global MV.

Setakat penulisan ini, salah satu token SHIB iaitu Bone ShibaSwap lonjak sebanyak 5% pada zon harga $0.729 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan jumlah dagangan raih 75% pada $3.7 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat