Hampir Maut Terkena Bola Kriket, Individu Ini Menjadi Bilionair!

1,297

Insiden bola kriket menghentak kepalanya hingga terpaksa menjalani pembedahan kecemasan menjadikan Uday Kotak sebagai salah seorang pengurus bank terkaya di dunia pada hari ini.

Walaupun Kotak terpaksa melupakan impian untuk menjadi pemain profesional, individu tersebut memilih untuk menyambung pembelajaran dalam Pengajian Pengurusan di Jamnalal Bajaj Institute di Mumbai sebelum berkhidmat dalam sektor kewangan pada 1985 ketika mencecah usia 26 tahun.

Kini ketika usianya mencecah 61, individu tersebut memiliki aset kekayaan bernilai $16 bilion berdasarkan rekod Bloomberg Billionaires Index.

Ketika pemberi pinjaman menyaksikan penyusutan global, firmanya Kotak Mahindra Bank Ltd menyaksikan peningkatan saham sebanyak 17% sepanjang 2020 berbanding firma lain di India.

Malah, ketika nisbah pinjaman meningkat pada 2020, firmanya berada di kedudukan kedua terendah berbanding firma yang lain dengan kecukupan modal yang meningkat.

Berdasarkan nilai pasaran, firma tersebut melaporkan peningkatan keuntungan yang tidak dijangka sebanyak 27% pada suku yang berakhir pada 30 September lalu.

Sehingga sekarang Kotak masih lagi mencari peluang untuk mengembangkan perusahaannya dengan berusaha untuk mengambil alih IndusInd Bank Ltd. Langkah itu akan menjadikan Kotak Mahindra Bank antara pemberi pinjaman utama di India, membawa kepada peningkatan aset lebih daripada 80%.

Mahindra dalam satu temu bual akui keputusan yang dibuat pada usia 20-an telah menghasilkan ganjaran yang paling manis dalam hidupnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat