Hampir Nak Bankrap, Sempat Lagi Pengasas Celsius Network Keluarkan $10 Juta!

5,502

Syarikat pemberi pinjaman kripto, Celsius Network bertindak membekukan akaun pelanggan setelah berdepan dengan situasi muflis pada Julai 2022.

Namun begitu, dilaporkan bahawa pengasas Celsius Alex Mashinsky berjaya mengeluarkan $10 juta daripada syarikat itu dalam beberapa minggu sebelum akaun pelanggan mula dibekukan.

Buktinya, semasa pelanggan mengeluarkan asetnya dalam jumlah yang besar, Mashinsky membuat tindakan drastik dengan mengeluarkan kripto pada Mei 2022 agar kewangan Celsius berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, tindakan peletakan jawatan Mashinsky pada minggu lalu telah menimbulkan persoalan sama ada beliau tahu bahawa Celsius tidak mampu untuk memulangkan aset kepada pelanggannya.

Melalui butiran urus niaga Mashinksy, perkara tersebut akan dikemukakan kepada mahkamah serta mendedahkan hal kewangan Celsius walaupun beliau dan keluarganya masih mempunyai kripto bernilai $44 juta yang dibekukan dalam syarikat tersebut.

Diperjelaskan, sebelum Mashinky mengeluarkan mata wang kripto dalam akaunnya bagi membayar cukai negeri dan persekutuan, beliau mendepositkan mata wang kripto secara konsisten serta berusaha menyatukan komuniti demi memaksimumkan token serta kecairan.

Ekoran itu $8 juta dana digunakan untuk membayar cukai pendapatan Celsius manakala selebihnya $2 juta dalam token Celsius Networks.

Malah dijangkakan sesungguhnya pengeluaran tersebut telah dirancang untuk harta pusaka Mashinsky.

Dalam pada itu, Mashinsky berkemungkinan harus memulangkan $30 juta yang dikeluarkan daripada Celsius Network susulan undang-undang A.S menetapkan pembayaran oleh syarikat dalam masa 90 hari selepas memfailkan kebankrapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat