[Hangat] Jim Cramer Kritik Binance, BTC Kembali Menguat & SEC Serang Coinbase!

165

“Adakah pelabur akan buat perkara sebaliknya daripada apa yang Cramer cakap?”

Susulan pengacara CNBC Jim Cramer memberi pandangannya berkenaan tuduhan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) terhadap Binance, kebimbangan mengenai masa depan bursa mata wang kripto tersebut tercetus.

Malah, perbincangan dalam kalangan komuniti kripto semakin rancak apabila Cramer berkata bahawa Binance bakal mengharungi pelbagai cabaran besar berikutan tuntutan mahkamah SEC terhadap bursa aset digital itu atas kesalahan menipu dan melanggar undang-undang sekuriti.

Pun begitu, beliau menegaskan para pelabur yang secara aktif menyokong aset digital seharusnya melakukan usaha luar biasa supaya pasaran kripto sentiasa mengukuh.

Di samping kritikan Cramer telah menimbulkan kebimbangan tentang masa depan Binance, sesetengah pelabur meluahkan kekecewannya terhadap pengawal selia AS yang sejak kebelakangan ini semakin bertindak agresif.

Bagaimanapun, tuntutan tersebut telah menyerlahkan perdebatan berterusan mengenai peraturan kripto dan cabaran dihadapi oleh bursa aset digital dalam mengekalkan pematuhan sambil mengembangkan perkhidmatannya secara global.

Selain isu Binance itu, pasaran kripto semakin tidak menentu apabila SEC turut memfailkan saman terhadap Coinbase atas kesalahan menjadi broker tidak berdaftar dengan melibatkan diri dalam tawaran dan penjualan sekuriti.

Namun perlu diketahui bahawa harga BTC berjaya melepasi semula $27,000 selepas kritikan Cramer tersebut susulah beliau terkenal sebagai seorang individu yang sentiasa memberi pandangan pelaburan bertentangan.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 5.54% pada paras $27,073 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $22 bilion tetapi tetap mencatatkan penurunan 2.55% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat