Hanya 4 Hari, GBP/USD Sudah Lengkapkan 500 Pips Penurunan!

241

Seperti yang dijangkakan para penganalisis pasaran, penurunan harga masih lagi berterusan pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam.

Penurunan harga sejak Khamis lalu kini telah merekodkan 500 pips kejatuhan harga hanya dalam tempoh 4 hari sahaja.

Pound gagal untuk mengekang kemaraan US dolar di mana pelabur kini sedang menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada minggu hadapan setelah Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell memberi isyarat untuk kenaikan 50 mata asas kadar faedah yang terbaru.

Penurunan harga sehingga sesi New York semalam telah mencecah paras 1.25000 mencatatkan paras terendah terbaru sejak Julai 2020.

Walaupun penurunan pada Rabu semalam lebih perlahan berbanding hari sebelumnya, namun penganalisis masih melihat momentum yang dikekalkan untuk harga terus memburu paras terendah terbaru lagi menuju dagangan penghujung minggu.

Harga juga masih menunjukkan isyarat pergerakan trend bearish di mana harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Jika penurunan harga yang bersambung berjaya melepasi support terbaru 1.25000, paras sasaran selanjutnya harga adalah untuk menuju sekitar 1.24000.

Namun, setelah penurunan harga yang berterusan, penganalisis tidak menolak berlaku kenaikan harga pada penutupan dagangan minggu ini untuk aktiviti pengambilan untung oleh pemain pasaran di penghujung April.

Untuk jangkaan kenaikan harga pula, rintangan awal yang bakal diuji dilihat pada 1.26000 sebelum kenaikan seterusnya akan tertumpu pada paras 1.27000 pula.

Tumpuan akan terarah pada terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi yang berkemungkinan akan memacu pergerakan US dolar di penghujung minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat