Hanya Bermodalkan $250, Pemegang PEPE Untung $1 Juta Tetapi…

1,391

“Mesti pelabur menyesal sangat-sangat beli memecoin ni kan.”

Seorang pelabur mata wang kripto menjana $1.02 juta selepas membeli token PEPE sebanyak 5.9 trilion pada harga $250, namun malangnya pemegang memecoin tersebut mungkin punyai kesukaran untuk mencairkannya.

Hal ini kerana terdapat perbezaan antara penilaian aset di atas kertas dan tunai sebenar dipegang walaupun pelabur memecoin itu pada masa ini memegang sekitar $1.02 juta dalam token PEPE.

Menurut Grzegorz Drozdz, penganalisis pasaran di Conotoxia Ltd berkata bahawa pemegang yang mempunyai 5.9 trilion token PEPE perlu mengambil masa 46,200 tahun untuk mencairkan aset digital tersebut.

Sama seperti kes Gurgavin Chandhoke yang telah membuat memecoin digelar Pump Coin, aset digital itu melonjak sehingga modal pasarannya capai $4.8 bilion tetapi beliau yang memiliki 99% token tersebut tidak dapat menjualnya susulan kekurangan permintaan pasaran.

Bukan sahaja kekurangan pembeli, sebarang token yang mempunyai isu kecairan rendah adalah disebabkan market maker pools*, ulas Adrian Hetman, triager utama teknologi di platform Web3 ImmuneFi.

*Membenarkan aset digital didagangkan tanpa kebenaran dan secara automatik dengan menggunakan liquidity pools dan bukannya pasaran tradisional pembeli dan penjual

Tambahnya lagi, pemegang token PEPE perlu tahu bahawa jumlah jualan yang mewakili sebahagian besar daripada liquidity keseluruhan pools mungkin akan mengakibatkan harganya turun secara besar-besaran semasa dagangan.

Secara konteks, PEPE adalah memecoin bertemakan Pepe-the-Frog yang telah melonjak sejak empat hari lalu selepas menjenamakan dirinya sendiri sebagai memecoin paling ‘memeable’ yang wujud dan ia naik lagi 240% pada $0.0000003 apabila menyebut “hari anjing telah berakhir”.

Walaupun beberapa pembeli awal telah menjadi jutawan selepas harga PEPE melonjak tinggi, mereka masih tidak dapat menjual memecoin tersebut sehingga kini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat