Hanya Vaksin COVID-19 Boleh Pulihkan Krisis Ekonomi Global

306

Menurut pengerusi IMF Kristalina Georgieva, ekonomi global menunjukkan tanda-tanda pemulihan daripada kejatuhan teruk yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 di seluruh, tetapi pemulihan sepenuhnya tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa vaksin.

Oleh yang demikian, para pemerintah diingatkan agar terus menyokong para pekerja dan sektor perniagaan kerana krisis yang belum pernah terjadi itu dapat menimbulkan gelombang kemuflisan dan kemusnahan sektor pekerjaan.

Sementara itu, pelonggaran perintah berkurung dan pembukaan semula sektor perniagaan telah mendorong kepada peningkatan pengeluaran, penggunaan dan peluang pekerjaan. Di samping itu, tindakan agresif yang diambil oleh para pemerintah dan kerajaan membantu untuk mengurangkan impak krisis serta mendorong kepada proses pemulihan dengan lebih cepat.

Namun begitu, proses pemulihan sepenuhnya masih jauh untuk dicapai.

Tambahan daripada itu, perniagaan serta firma yang mempunyai masalah kewangan akan memerlukan bantuan berterusan untuk mencegah kemusnahan berjuta-juta pekerjaan. Oleh itu, pihak kerajaan boleh mengambil ekuiti dalam firma atau memberikan geran sebagai pertukaran dengan kadar cukai yang lebih tinggi.

Selain itu, pengeluaran vaksin amat ditekankan dan merupakan aspek penting untuk mendorong kepada pemulihan ekonomi secara keseluruhannya. Dengan 128 vaksin coronavirus yang sedang dalam pembangunan, ada kemungkinan besar solusi akan dijumpai, tetapi ianya memerlukan perancangan rapi untuk memastikan bekalan dan pengedaran yang mencukupi.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat