‘Haramkan Bitcoin (BTC)!’ – Pengarah CPB Netherlands

1,191

Dalam kegawatan pasaran kripto yang tidak menentu, pengarah Central Planning Bureau (CPB), Pieter Hasekamp mahu Bitcoin (BTC) disekat sepenuhnya di Netherlands.

Gesaan itu disuarakan melalui artikel yang dimuatnaik dalam akhbar Het Financieele Dagblad dan di web rasmi CPB.

Jelasnya, Netherlands sudah terlambat jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang semakin ‘mencengkam’ pasaran matawang kripto dengan undang-undang ketat.

Malah Hasekamp percaya matawang kripto tidak sesuai untuk menggantikan wang fiat walaupun ia memiliki nilai dan ia adalah ‘bubble’ yang tidak dapat dielakkan.

“Matawang kripto secara dasarnya bukanlah matawang atau produk kewangan. Seperti yang diterangkan oleh pemenang Nobel, Robert Shiller, ia sekadar sebuah cerita ‘berjangkit’ yang menular di mana orang percaya kerana orang lain mempercayainya.”

Mungkin Hasekamp terlepas cerita tetapi Shiller baru-baru ini ada meluahkan keinginannya untuk terlibat aktif di dalam pasaran BTC kerana kripto baginya merupakan sebuah teknologi yang mengagumkan.

Bagaimanapun menteri kewangan, Wopke Hoekstra menolak cadangan Hasekamp dengan anggapan ia bukanlah idea yang terbaik buat masa sekarang.

“Lebih baik sekadar pantau industri kripto kerana ia lebih efektif berbanding sekatan mutlak,” ujarnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat