Harapan Musnah! Emas Kembali Berguguran

445

Emas kembali merosot lebih rendah susulan kebangkitan semula US dolar selepas bacaan data yang positif menguatkan keyakinan untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan pengetatan dalam dasar monetarinya.

Pada sesi Asia, logam kuning itu menjunam ke paras terendah pada $1,696 per auns, manakala niaga hadapan emas pula membungkam pada sekitar harga $1,706 per auns.

Dagangan emas berdepan tekanan baharu daripada kekuatan US dolar yang disokong oleh catatan memberangsangkan dalam aktiviti perkhidmatan Amerika Syarikat pada bulan Ogos.

Bacaan positif ini secara tidak langsung memberi pandangan bahawa ekonomi negara itu tidak berada dalam kemelesetan dan Fed boleh terus melanjutkan kenaikan kadar faedah yang agresif.

Susulan itu, raja mata wang US dolar kembali menguat di paras ketinggian terbaharu 20 tahun seiring dengan hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula mendaki ke puncak tertinggi 3 bulan.

Sementara itu secara berasingan, import emas oleh India dilaporkan berkurangan sehingga separuh daripada paras tahun lalu pada bulan Ogos, berikutan harga tempatan yang tidak menentu dan nilai rupee yang lemah mendorong pengguna menangguhkan pembelian.

India merupakan pengguna emas kedua terbesar di dunia selepas China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat