Harapan Pasaran Kian Pudar, Percubaan BTC Menakluki Paras $17K Tidak Kesampaian!

136

Bitcoin sedang membuat percubaan untuk menakluki paras dagangan $17,000 pada hari ini, namun sayangnya paras halangan tersebut tidak dapat ditawan apabila harga BTC langsung jatuh selepas sentuh paras $17,000.

Untuk pasaran mata wang kripto alternatif, prestasi altcoin setakat ini tidak tetap dalam mencatat kerugian ataupun keuntungan. Waima begitu ETC telah menunjukkan lonjakan 5% dalam sehari.

Kurang daripada seminggu yang lalu, mata wang kripto utama cuba untuk melonjak lebih tinggi pada lebih $18,000. Namun sentimen pasaran menurun secara keseluruhan tidak membenarkan aset itu meneruskan lonjakan lebih jauh malah kekal stabil di paras $16,000 – $17,000.

BTC mula kehilangan lebih $1,000 pada satu ketika. Ini memuncak dengan penurunan kepada $16,300 yang didaftarkan semalam, yang menjadi kedudukan harga terendah bitcoin sejak akhir November.

Namun begitu, BTC memembuat lantunan agak cepat dan menambah beberapa ratus dolar, sehingga meningkat kepada lebih daripada $17,000 awal hari ini. Malangnya, ianya hanya untuk jangka pendek dan harga TC kembali di bawah paras itu hampir serta-merta.

Setakat ini BTC didagangkan pada harga pasaran $16,838.28 seunit. Had pasarannya kekal sekitar $325 bilion, manakala penguasaannya ke atas altcoin berada pada 40%.

Kebanyakan altcoin juga menzahirkan pergerakan tidak menentu yang sama pada minggu lalu, namun pola pergerakan 24 jam yang lalu adalah berbeza sama sekali.

Ethereum berjaya menuntut semula $1,200 semalam berikutan penurunan ringkas di bawah garisan itu dan kini berada tepat di atasnya selepas peningkatan harian yang kecil.

Binance Coin, OKB, Tron dan Litecoin juga telah mencatatkan keuntungan sehingga 2% dalam sehari. Sebaliknya, Ripple, Dogecoin, Cardano, Polygon, Polkadot dan Shiba Inu mengalami kerugian kecil.

Ethereum Classic menunjukkan restasi terbaik daripada 50 aset digital terbesar teratas. Ia naik kira-kira 5% dan berdagang hampir $17.

Secara keseluruhan, had pasaran kripto kekal pada hanya lebih $800 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat