Harapan Pasaran Mula Pulih, Mampukah BTC Meroket Kembali?

951

Bitcoin telah kembali menuntut semula julat harga $42,000 semalam. Lonjakan harga ini telah menaikkan semula harapan pemain pasaran dan dalam masa yang sama menimbulkan persoalan adakah paras harga yang dikecapai hanyalah sementara?

Rentetan ini beberapa para penganalisis telah tampil memberi pandangan. Justin Bennett yang merupakan penganalisis kripto menyatakan bahawa ‘minggu ini boleh menjadi minggu yang menyeronokkan” selepas penutupan yang kukuh pada hari Jumaat. Beliau percaya bahawa penutupan harga Bitcoin di atas julat $42,000 boleh mendorong harga bitcoin melonjak kepada julat $45,000 hingga $46,000 dan seterusnya kepada $50,000.

Penganalisis kriptowang Benjamin Cowen berkata berdasarkan Heikin-Ash candle mingguan ia memberi tanda yang positif dan meramalkan harga boleh mengukuh untuk minggu ini.

Namun harus dimaklumi bahawa dalam pasaran kripto apa-apa sahaja boleh berlaku.Terdapat kemungkinan bahawa harga Bitcoin boleh jatuh ke julat $33,000 hingga $34,000. Penganalisis kini sedang memberi tumpuan pada paras harga $40,000 dan $42,000 sebagai indikasi.

Semasa penulisan harga Bitcoin didagangkan pada $42,818.15 dengan kenaikan sebanyak 2.77%. Selain Bitcoin, kriptowang lain juga turut mencatat lonjakan yang tinggi. Shiba Inu antara meme coin yang mencatat lonjakan lebih 20% dalam tempoh 24 Jam.

XRP, sebaliknya, meningkat kira-kira 13%. Justeru, XRP berjaya mencecah paras tertinggi tiga minggu pada paras harga lebih $0.75. Lebih banyak keuntungan datang daripada Quant (17%), BitTorrent (16%), LEO (14%), Kadena (13%), Loopring (12%), Gala (10%) dan Fantom (10%).

Had pasaran kriptowang telah meningkat kira-kira $60 bilion sejak semalam dan berjumlah $1.950 trilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat