Harapan Pasaran Semakin Pudar – Pandangan ECB Weidmann Tidak Memangkin Pasaran!

285

Penggubal dasar ECB, Jens Weidmann tampil memberi pandangan mengenai isu pelonggaran dasar monetari. Beliau secara peribadi berpendapat bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) tidak perlu melonggar dasar monetari kerana langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan ekonomi zon eropah adalah lebih dari cukup.

Weidmann yang merupakan Ketua Bundesbank Jerman dan salah satu penggubal dasar ECB konservatif menolak cadangan untuk meningkatkan lebih banyak rangsangan kewangan dan menekankan kembali fakta bahawa bank pusat telah gagal untuk mencapai sasaran inflasi selama satu dekad.

Weidmann malah berhujah bahawa ekonomi boleh menunjukkan prestasi lebih baik daripada senario asas ECB, yang meletakkan pertumbuhan pada 3.2% dan inflasi pada 1.3% pada tahun 2022. Hal ini adalah kerana unjuran tersebut tidak termasuk pakej 750 bilion euro yang disepakati oleh para pemimpin Kesatuan Eropah pada musim panas dan pelonggaran dasar fiskal Perancis bernilai 100 bilion euro.

Dalam masa yang sama, beliau memberi amaran bahawa ECB akan berhadapan masalah dengan mahkamah perlembagaan Jerman jika ECB meneruskan syarat yang sangat fleksibel
Program Pembelian Kecemasan Pandemik.

ECB kini dalam proses untuk meninjau kembali sasaran inflasi dibawah 2% kerana setalah satu dekad masih gagal dicapai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat