Harapan Pemain Pasaran Semakin Pudar Selepas Ulasan Fed Kashkari DIkeluarkan!

500

Presiden Minneapolis Fed Neel Kashkari pada hari Jumaat memberi ulasan beliau mengenai penetapan kadar faedah A.S dalam jangka pendek ini. Menurut beliau, Federal Reserve (The Fed) seharusnya memanfaatkan panduan yang lebih tegas bagi mengembalikan ekonomi A.S kepda pertumbuhan penuh. Beliau berpendapat perkara tersebut harus dilakukan dengan menunda kenaikan kadar faedah sehingga inflasi teras kekal pada paras 2% kira-kira selama satu tahun.

Bank pusat A.S. awal minggu ini memberi isyarat bahawa pihak mereka akan mengekalkan kadar faedah pada julat semasa dari 0% hingga 0.25% sehingga ekonomi mencapai pekerjaan maksimum dan inflasi meningkat menjadi 2%.

Namun indikasi tersebut turut dapat ditafsirkan bahawa The Fed dapat meningkatkan kadar faedah sebelum ekonomi benar-benar mencapai tenaga kerja penuh sebagaimana kata Kashkari dalam bantahan beliau terhadap keputusan FOMC.

Beliau lebih cenderung FOMC menyatakan komitmen yang lebih tegas untuk tidak menaikkan kadar faedah sehingga objektif secara pasti dapat dicapai. Beliau juga menekankan bahawa The Fed seharusnya tidak mengaitkan kadar faedah dengan bacaan pasaran tenaga buruh kerana kekhuatiran kadar faedah ditingkatkan pada masa yang salah sehingga dapat menghentikan pemulihan ekoomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat