Harapan Rundingan Brexit Yang Masih Tidak Menentu

42

Perdana menteri Theresa May dijangka berusaha membawa sedikit kemajuan dalam rundingan Brexit minggu ini, walaupun dengan keadaan politik dalaman yang sedikit goyah. Pihak Eropah masih positif dengan rundingan kecuali isu berkaitan perdagangan.

Brexit telah banyak membawa ketidaktentuan (uncertainty) dalam ekonomi UK sejak selepas referendum Jun 2016 yang menyebabkan kejatuhan matawang mendadak Sterling. Sejak daripada itu, kebimbangan utama adalah kepada perniagaan di UK khususnya perkhidmatan kewangan. UK adalah pusat kewangan dunia dan London mengumpulkan majoriti bank-bank besar global termasuk, Citibank, JPMorgan, Deutsche bank dan Goldman Sach.

Pusat kewangan dunia di London menawarkan pasaran pekerjaan terbesar kepada UK yang banyak memberi manfaat kepada penduduk London itu sendiri. Berikut merupakan kesan daripada rundingan yang tidak menentu setakat ini.

1. Ancaman terhadap pasaran pekerjaan UK

Menurut pengerusi Royal Bank Scotland, Howard Davies, laporan perincian rundingan perpidahan pasca-Brexit hendaklah dilaporkan selewat-lewatnya dalam tempoh 5 bulan bagi mengelakkan pekerjaan sektor kewangan berhijrah keluar dari London. Jika tiada perincian pada suku tahun pertama tahun depan, jumlah pekerja yang bermigrasi dari London akan bertambah.

2. Penurunan dalam perbelanjaan pengguna.

Berdasarkan kenyataan IHS Markit, pada bulan September, perbelanjaan pengguna U.K jatuh sebanyak 0.3%. Kejatuhan ini merupakan kejatuhan keempat sejak 5 bulan lalu. Perbelanjaan terhadap budaya dan hiburan jatuh paling banyak sejak Julai 2013, manakala perbelanjaan pengangkutan, perhubungan dan barangan rumah jatuh sedikit berbanding bulan sebelumnya.

3. Kesan buruk terhadap peruncit di U.K.

Berdasarkan kenyataan oleh BRC (British Retail Consortium) peruncit di U.K akan menghadapi masalah mengambil pekerja tenaga buruh asing tidak mahir selepas Brexit jika kerajaaan tidak mempermudahkan urusan pengambilan buruh asing. Peruncit terpaksa menanggung kos yang lebih kerana terpaksa mengambil pekerja mahir dan meningkatkan harga barang.

4. Krisis politik dalaman

Jabatan urusan Brexit dan Theresa May dilihat dalam krisis. Kerajaan UK berhadapan dengan tekanan politik dalaman iaitu pertelingkahan sesama sendiri terutamanya antara May dan Boris Johnson.

5. Ketidaktentuan Pasaran

Matawang pound jatuh 3% pada minggu lepas berikutan kebimbangan para pelabur yang khuatir dengan kempen penyingkiran May. Ditambah pula dengan jangkaan bahawa parti buruh akan menang jika terdapat lagi pilihan raya baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat