Harapan Terakhir! Masa Semakin Suntuk – UK Dan EU Kembali Meneruskan Rundingan!

268

Masa semakin suntuk, Britain dan Kesatuan Eropah kembali meneruskan rundingan pada hari Khamis sebagai usaha terakhir untuk mementerai perjanjian yang akan menjimatkan berjuta-juta dolar dalam perdagangan pasca-Brexit antara negara jiran.

Setelah Perdana Menteri Boris Johnson mula tawar hati dari rundingan fasa terakhir pada minggu lalu,kedua-dua belah pihak akhirnya akur dan mencapai persetujuan pada hari Rabu untuk meneruskan semula rundingan yang berbaki 10 minggu sebelum pengaturan peralihan status quo tamat.

Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menjalankan rundingan setiap hari termasuk hari minggu sehingga 25 Oktober dan akan menetapkan agenda bagi mempergiatkan lagi perbincangan untuk minggu-minggu akan datang.

Menurut jurucakap Boris Johnson, masa yang berbaki adalah sangat singkat dan pihak UK telah berulang kali menjelaskan bahawa setiap perjanjian perlu dibuat sebelum tarikh akhir tempoh peralihan. Jika kesepakatan tidak dapat dicapai, maka UK akan meninggalkan EU berdasarkan terma syarat Australia.

Perbincangan masih menemui jalan buntu sejak musim panas, dimana tidak ada pihak yang berkompromi dalam isu jaminan persaingan yang adil, terutama peraturan bantuan negara, dan perikanan. Perkembangan terkini menunjukkan hanya isu perikanan yang masih menjadi perbalahan hangat antara UK dan EU. Kedua-duanya masih memperjuangkan pendirian masing-masing dalam isu perikanan.

UK dan EU disisi lain sedang membuat persediaan bagi berhadapan situasi ‘no deal’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat