Harga Bitcoin Jatuh Menjunam- Pelabur Rugi $1600 Bagi Satu Bitcoin Dalam 1 Hari!

2,155

Pada hari ini harga matawang crypto telah merosot dengan banyak sehingga memadamkan semua keuntungan yang dikaut pada tahun 2020.

Harga matawang crypto Bitcoin jatuh buat pertama kalinya sejak Mei 2019 kepada paras bacaan harga $5,578 seunit di Coinbase. Dalam masa kurang daripada 1 jam, harga bitcoin telah kehilangan 20 peratus daripada keuntungan yang dikecapi.

Kebanyakkan matawang crypto utama juga berhadapan dengan situasi yang sama iaitu berhadapan dengan kerugian dengan harga bitcoin yang kehilangan hampir 1/3 daripada harga bitcoin. Segelintir penganalisis matawang crypto menyalahkan penularan wabak koronavirus atau COVID-19, dimana ia telah beri impak yang besar terhadap ekonomi global. Menurut Simon Peters, penganalisis pasaran di eToro, berpendapat bahawa matawang crypto telah terperangkap dengan situatsi yang dialami dalam pasaran tradisional. Lanjut beliau, sebelum ini matawang crypto dilihat sebagai safe haven buat para pelabur bila menghadapi situasi yang sukar namun bagi situasi kali ini para pelabur lebih memilih untuk mencairkan kerana kekhuatiran penularan koronavirus yang semakin marak. Dalam situasi yang tidak menentu ini, ramai pelabur mungkin merasakan bahawa lebih baik untuk memiliki wang tunai atau emas daripada matawang crypto seperti bitcoin.

Virus berbahaya yang diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada hari Rabu, telah menyebabkan pasaran saham terus mencatat kejatuhan. Seorang peramal ekonomi, yang pernah meramalkan krisis kewangan global 2008 mengeluarkan amaran bahawa kegawatan dan krisis yang dihadapi dahulu akan berulang kembali.

Kejatuhan harga pada hari ini, merupakan antara yang terburuk bagi matawang crypto bitcoin dimana ia pernah didagangkan hampir $20,000 pada akhir tahun 2017.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat