Harga BTC Mencanak Lepas MicroStrategy Nak Beli Lebih Banyak BTC

275

Pemfailan MicroStrategy dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) bagi menjual $500 juta saham MSTR melalui bank pelaburan Cowen & Co dan BTIG LLC untuk membeli lebih banyak Bitcoin (BTC) berjaya mendorong sentimen kenaikan harga dalam pasaran kripto.

Dijelaskan, syarikat perisian tersebut meneruskan strategi pemerolehkan BTC walaupun Michael Saylor meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, digantikan oleh Phong Le sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MicroStrategy yang baharu.

Malah, syarikat tersebut melaporkan kerugian lebih $1 bilion pada suku kedua selepas harga BTC menjunam ke paras terendah.

Secara rekod, MicroStrategy memegang 129,699 BTC bernilai $3.977 bilion dan harga pembelian purata $30,664 setiap BTC, bahkan 14,589 BTC dipegang oleh MicroStrategy serta 115,110 BTC dipegang anak syarikatnya MacroStrategy LLC.

Melalui pemfailan itu, syarikat tersebut berhasrat menggunakan keuntungan daripada tawaran ini untuk tujuan korporat awam serta pemerolehan BTC, namun MicroStrategy belum menentukan jumlah hasil bersih yang akan digunakan secara khusus lagi.

Kini, harga saham MSTR adalah $261.97 iaitu naik hampir 11.77%. Bukan itu sahaja, pemerolehan BTC syarikat membuatkan harga saham bergerak mengikut harga BTC, tetapi harga saham mungkin akan jatuh selepas penawaran saham.

Seacra konteks, harga BTC didagangkan pada $21,575 iaitu naik 7% dalam tempoh 24 yang lalu termasuklah pakar percaya bahawa BTC berubah menjadi bullish disebabkan harga boleh meningkat $23,500.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat