Harga BTC Mula Cuba Untuk Bangkit Kembali Di Tengah Kenaikan Kadar Oleh Bank-Bank Pusat?

206

Bank of England sebentar tadi telah megambil keputusan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas, sebagai percubaan untuk melawan kadar inflasi yang tinggi.

Harga BTC pula masih dihimpit dengan turun naik  antaraparas dagangan $18K kepada $19K. Ini membawa indikasi bahawa pasaran masih berhati-hati dan ramai yang cenderung untuk lebih memilih untuk melabur dalam safe haven berikutan kenaikan kadar yang agak tinggi oleh The Fed iaitu 75 mata asas.

Kadar inflasi di banyak negara telah melonjak naik dalam beberapa bulan yang lalu, UK tidak terkecuali. Peratus inflasi dilihat menghampiri 10% untuk bulan Ogos, tahap yang tidak dilihat dalam beberapa dekad.

BoE telah menaikkan kadar faedah bagi memerangi inflasi. Kenaikan kadar yang lebih rendah oleh BoE berbanding the Fed, membuatkan para pelabur masih memiliki kecenderungan untuk turut melabur dalam pasaran yang berisiko juga. Waima begitu,tindakan BOE tidak memberi kesan kepada mata wang kripto utama, hanya sedikit pemangkin. Dimana harga BTC telah naik sedikit ke paras $19.2K.

Disisi lain mata wang kripto Algo menunjukan prestasi di luar jangkaan apabila menunjukkan trend bullish berdasarkan carta untu beberapa hari. Harga Algo telah naik 20% ke paras dagangan $0.3735. Harga ini telah melepasi paras rintangan $0.369.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat