Harga Emas Dan Minyak Terus Meningkat, US Dolar Menyusut – Sesi Asia

65

Forex

US dolar dibuka sedikit rendah berbanding matawang utama dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang menyusut sedikit sebanyak 0.01% kepada 92.66 dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis setakat jam 10.25 a.m.

Hasil bon US juga jatuh daripada paras tertinggi dan US dolar didagangkan sedikit berbanding biasa.

Matawang Euro pula mengukuh sebanyak 0.08% berbanding US dolar kepada 1.1906.

Matawang yen mengukuh, apabila US/JPY menyusut sebanyak 0.02% kepada 113.18.

Minyak

Harga minyak kembali melonjak naik dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.20% kepada $59.76 setakat jam 10.25 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.29% kepada $66.11 setong setakat jam 10.25 a.m.

Peningkatan harga minyak didorong oleh faktor aktiviti perdagangan yang lemah menjelang tahun baru.

Menurut pelabur, keadaan pasaran agak ketat berikutan usaha pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC dan non-OPEC termasuk Rusia.

Emas

Harga emas terus meningkat pada hari Khamis dalam sesi dagangan Asia berikutan kelemahan matawang US dolar.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.02% pada hari Khamis kepada $1,291.60 setakat jam 10.25 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat