Harga Emas Jatuh Dalam Pasaran Asia Selepas Mencatat Peningkatan.

58

Harga emas jatuh dalam pasaran Asia pada hari Selasa walaupun dengan ketidakpastian politik di Timur Tengah. Hal ini disebabkan pengukuhan matawang U.S dolar.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX menyusut sebanyak 0.14% kepada $1,279.75 per auns setakat jam 11.15 pagi.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh sediki pada awal pembukaan pasaran Asia selepas mencatat penyusutan semalaman pada bacaan 94.65 iaitu sebanyak 0.03% setakat jam 11.15 pagi.

Semalaman. harga emas didagangkan tinggi berikutan ketidakpastian politik di Timur Tengah telah mendorong peningkatan permintaan terhadap safe haven.

Harga emas mula meningkat apabila pelabur beralih kepada pelaburan logam berharga berikutan ketidakpastian politik di Timur Tengah apabila Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Arab Saudi menangkap beberapa orang berprofil tinggi dibawah akta anti-rasuah.

Selain itu turut mendorong peningkatan harga emas ialah penyusutan U.S dolar. Hal ini kerana, laporan yang menyatakan bahawa presiden New York Federal Reserve William Dudley yang menyatakan bahawa beliau akan bersara lebih awal.

Emas sensitif dengan perubahan greenback. Dolar yang lemah menyebabkan emas lebih mudah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang rendah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat