Harga Emas Jatuh Ke Paras Terendah 8 Minggu Lalu

95

Harga emas jatuh ke paras terendah lapan minggu lalu pada hari Selasa, dengan pelabur semakin optimis terhadap ekonomi US serta jangkaan kenaikan kadar faedah Fed pada bulan Disember yang semakin meningkat, menolak dolar dan hasil bon US lebih tinggi.

Emas sensitif dengan perubahan greenback. USD yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi.

Pasaran hadapan emas di Comex jatuh ke paras $1,271.21 per auns, sebelum naik semula ke $1,273.54 pada jam 6.00 petang.

Semalam harga emas ditutup rendah berikutan indeks aktiviti pembuatan US meningkat ke paras tertinggi 13 tahun setengah yang lalu pada 60.8 bagi bulan September, berbanding bacaan 58.8 pada bulan Ogos menyokong pengukuhan dolar US.

Selain itu, perbelanjaan pembinaan US bagi bulan Ogos turut meningkat, selepas jatuh selama 2 bulan berturut-turut, didorong oleh peningkatkan perbelanjaan daripada kedua-dua sektor awam dan swasta.

Dolar kekal tinggi berbanding matawang utama lain, dengan indeks US dolar (DYX) meningkat ke paras tertinggi sejak pertengahan bulan Ogos yang lalu, disokong oleh kenaikan hasil bon US.

Para pelabur akan meneliti komen daripada Gabenor Fed, Jerome Powell pada jam 8.30 malam bagi melihat pandangan beliau terhadap kadar faedah bank pusat akan datang. Komen beliau dinilai sebagai penting selepas berita yang dikeluarkan pada minggu lepas menyatakan beliau telah bertemu dengan Presiden Trump bagi membincangkan kedudukan beliau sebagai calon pengerusi Fed seterusnya selepas Janet Yellen meletakkan jawatan sebagai pengerusi pada Februari tahun depan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat