Harga Emas Kembali Jatuh Pada Sesi Pasaran Asia

66

Harga emas jatuh dalam pasaran Asia pada hari Selasa berikutan laporan kejatuhan data PMI (Purchasing Manager’s Index).

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX meningkat pada sebelah malam dan kemudian jatuh sebanyak 0.11% kepada $1,276.35 per auns setakat jam 11.50 pagi.

Berdasarkan laporan rasmi kaji selidik sektor pembuatan PMI pada bulan Oktober ialah pada bacaan 51.6 berbanding jangkaan yang mensasarkan bacaan 52. Manakala kaji selidik selain sektor pembuatan PMI ialah pada bacaan 54.3 berbanding pada bulan September yang mecatat bacaan 55.4.

Sepanjang satu malam, harga emas melonjak naik berikutan matawang U.S dolar menyusut disebabkan data inflasi yang masih lemah, ditambah pula dengan spekulasi calon pengerusi The Fed bahawa presiden Donald Trump berkemungkinan akan memilih Gabenor Jerome Powell sebagai pengganti Janet Yellen.

Data inflasi masih lemah namun perbelanjaan pengguna mencatat peningkatan tertinggi sejak tahun 2009.

Indeks perbelanjaan penggunaan peribadi teras (core-PCE) meningkat sebanyak 1.3% setahun pada bulan September, sejajar dengan sasaran namun masih dibawah 2%. Hal ini menyebabkan pasaran menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan lebih lama berbanding jangkaan yang menjangkakan kenaikan seawal bulan 12.

The Fed akan menggunakan core PCE sebagai alat untuk menentukan sama ada untuk menaikkan atau merendahkan kadar faedah.

Berdasarkan Jabatan Perdagangan pada hari Isnin, perbelanjaan pengguna yang merangkumi dua pertiga aktiviti ekonomi U.S, meningkat 1.0% pada bulan lepas berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan kenaikan 0.8% pada bulan September.

Namun sentimen terhadap data inflasi semakin memudar apabila terdapat laporan yang menyatakan Presiden Donald Trump lebih condong kepada Gabenor Jerome Powell yang berkongsi pegangan yang sama dengan Janet Yellen dalam perlaksanaan monetari polisi.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

Harga emas  jatuh hampir sepanjang 2 minggu ini berikutan jangkaan bahawa bank pusat akan mengetatkan polisi monetari.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat