Harga Emas Makin Mahal!

1,101

Emas meneruskan kenaikan lebih tinggi pada sesi Asia disokong oleh dagangan greenback yang terus lemah di tengah tekanan inflasi yang semakin meningkat.

Spot emas melonjak menghampiri paras ketinggian lima bulan, dengan didagangkan meningkat di sekitar harga $1,912 per auns. Niaga hadapan emas pula diniagakan lebih tinggi pada $1,914 per auns.

Kelemahan berterusan yang membelenggu dolar greenback sebagai tindak balas terhadap jangkaan dasar monetari Federal Reserve (Fed), terus memberi sokongan buat dagangan emas.

Selain itu, kebimbangan mengenai tekanan kenaikan inflasi di seluruh dunia turut meningkatkan daya tarikan safe-haven emas sebagai lindung nilai kepada inflasi.

Tumpuan pasaran minggu ini adalah pada data pekerjaan NFP AS pada hari Jumaat, dengan jangkaan peningkatan sebanyak 650,000 pada bulan lepas.

Bagi kebanyakan penganalisis, faktor kenaikan harga emas seterusnya mungkin berlaku pada hari Jumaat ini, ketika Jabatan Tenaga Kerja AS mengeluarkan laporan NFP untuk bulan Mei.

Bulan lalu data pasaran pekerja mengejutkan pasaran setelah mencatatkan pertumbuhan yang jauh lebih lemah daripada dijangkakan dengan catatan kenaikan 266,000 pekerjaan pada bulan April, berbanding jangkaan untuk meningkat hampir 1 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat