Harga Emas Masih Kebal Di Paras $2,030, Jangkaan Pasaran Kekal ‘Panas’

559

Emas telah mencatatkan beberapa kenaikan sederhana semalam selepas tumpuan telah diberikan pada data pasaran buruh AS dan kenyataan dari pegawai Federal Reserve (Fed) sepanjang minggu ini.

Laporan pekerjaan AS pada Jumaat lepas telah memberi kesan yang ketara dalam jangkaan pemotongan kadar faedah Fed untuk Mac walaupun ramalan untuk Mei masih berlegar-legar. Hal ini akan memberi kelebihan kepada mata wang dolar AS walaupun sedikit menyusut semalam.

Sementara itu, harga emas kini didagangkan pada paras 2,035.12 iaitu turun sebanyak 0.05% berbanding pembukaan awal pagi tadi.

Walau bagaimanapun, pasaran emas kini berada pada ambang penurunan yang terhad berbanding minggu lepas. Situasi pasaran semasa masih menganggap logam kuning kekal teguh diposisi disebabkan pelbagai faktor ekonomi global yang menyokong.

Peserta pasaran menganggap konflik di perang yang kini diperluaskan di Gaza, Laut Merah, Ukraine, Laut China Selatan dan Lubnan kekal menjadi pendorong utama untuk harga emas bertahan. Prestasi ekonomi China juga turut memberi sumbangan dalam naik turun harga aset tersebut.

Jadi, tidak hairanlah jika pasaran lihat ia masih bertahan di atas paras $2,000 walaupun pelbagai data-data ekonomi yang memperkuatkan dolar AS dilihat kurang memberi kesan ketara.

Jika melihatkan ke arah pergerakan harga, momentum emas tampaknya menunjukkan sedikit penurunan apabila para pelabur mula mengambil keuntungan mereka.

Ia disebabkan kekurangan data penting atau rangsangan yang timbul dalam peningkatan harga emas serta menjangkakan harganya kekal mendatar sepanjang hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat