Harga Emas Meningkat Menjelang Laporan Mesyuarat FOMC

56

Harga emas meningkat pada hari Rabu dalam pasaran eropah berikutan para pelabur memberi tumpuan pada mesyuarat FOMC nanti untuk mendapatkan tanda-tanda berkenaan polisi monetari.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX meningkat sebanyak 0.45% kepada $1,276.17 per auns setakat jam 4.40 petang.

The Fed dijangka tidak akan mengubah kadar faedah pada mesyuarat nanti namun para pelabur menantikan tanda-tanda adakah The Fed akan meningkat kadar faedah pada bulan hadapan seperti jangkaan dan penetapan kadar faedah pada tahun 2018.

Selain itu, pelabur juga memberi tumpuan pada pengumuman calon pilihan Presiden Donald Trump berkenaan calon pengerusi The Fed. Laporan baru-baru ini melaporkan bahawa Trump condong untuk memilih Gabenor Jerome Powell yang dilihat lebih dovish daripada calon lain.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh sebanyak 0.04% kepada 94.49 setakat jam 4.40 petang.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

Dalam masa yang sama, pelabur juga memberi tumpuan terhadap laporan nonfarm payrolls (NFP) pada hari Jumaat ini.

Keyakinan pengguna meningkat ke paras tertinggi 17 tahun lalu pada bulan Oktober dan pertumbuhan gaji pekerja yang meningkat bagi suku tahun ketiga.

Laporan data pada hari Rabu menunjukkan pengeluaran sektor pembuatan China bertumbuh dengan kadar paling perlahan dalam tempoh 4 bulan pada bulan Oktober. Ini membawa indikasi bearish dalam indsutri logam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat