Harga Emas Naik Dalam Sesi Dagangan Eropah Selepas Mengalami Kejatuhan Dalam Sesi Asia

35

Harga emas meningkat dalam pembukaan sesi dagangan Eropah pada hari Khamis selepas mengalami kejatuhan berikutan rundingan Presiden Donald Trump dengan Presiden China Xi Jinping berkenaan isu perdagangan dan ketegangan politik terhadap Korea Utara.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX meningkat sebanyak 0.12% kepada $1,285.24 per auns setakat jam 3.50 petang.

Semalaman harga emas meningkat ke paras tertinggi 3 minggu lalu pada awal pagi Khamis berikutan sentimen yang tertumpu pada kemajuan reformasi cukai, menyebabkan permintaan terhadap logam berharga meningkat.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa pemotongan cukai korporat yang dibawah pelan reformasi cukai mungkin akan ditangguhkan selama 1 tahun.

Washington Post melaporkan bahawa pada hari Selasa pemimpin Senat Republikan merencanakan untuk menangguhkan perlaksanaan pemotongan cukai korporat agar selari dengan undang-undang Senat.

Selain itu, yang mendorong kejatuhan harga emas ialah kejatuhan permintaan apabila permintaan terhadap emas jatuh ke paras terendah sejak 8 tahun lalu berikutan pembelian barang kemas yang berkurangan. Data laporan ini dikeluarkan oleh World Gold Council.

Permintaan keseluruhan jatuh sebanyak 9% kepada 915 tan. Kejatuhan ini merupakan kejatuhan terbanyak sejak suku tahun ketiga 2009.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut 0.17% setakat jam 3.50 petang kepada 94.61.

Emas sensitif dengan perubahan greenback. Dolar yang lemah menyebabkan emas lebih mudah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang rendah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat