Harga Emas Naik Lagi, Ke Mana Pula Paras Sasaran Harga?

534
  • Emas meningkat 2.9% minggu lalu
  • Kelemahan USD sokong emas
  • Data inflasi pengeluar AS jadi tumpuan.

Emas kekal mempertahankan nilai keuntungannya di paras ketinggian 9 bulan di tengah-tengah kelemahan US dolar yang berterusan pada awal minggu.

Menyinari sesi Asia, logam berharga itu menguat pada sekitar harga $1,925 per auns, manakala niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $1,928per auns.

Pada minggu lalu, harga emas mencatat keuntungan mingguan sekitar 2.9% susulan kejatuhan US dolar dan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar lebih kecil pada mesyuarat akan datang.

Raja mata wang US dolar terus melanjutkan penurunannya berbanding pesaing utama pada Isnin, menyaksikan indeks dolar lebih lemah di bawah paras harga 102.00.

Susulan daripada data inflasi pengguna Amerika Syarikat yang menunjukkan kemerosotan ke paras terendah sejak Oktober 2021 dengan peningkatan 6.5%.

Pasaran kini meletakkan jangkaan bahawa Fed akan memperlahankan kadar kenaikan kepada 25 mata asas dalam mesyuarat polisi pada awal Februari.

Pun begitu, pelabur masih akan memberi tumpuan kepada data inflasi pengeluar AS yang akan diterbitkan minggu ini bagi mendapatkan pengesahan sama ada penurunan harga berada di landasan yang betul.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat