Harga Komoditi Hitam Hampir Memadam Kenaikan Jumaat Lalu

27

Harga minyak mentah dunia bergerak stabil dalam sesi Asia hari ini berikutan kenaikan mendadak dalam sesi Jumaat minggu lalu yang disokong oleh pemotongan bekalan lebih tinggi dari jangkaan oleh OPEC dan non-OPEC.

Harga minyak mentah melonjak selepas pengeluaran oleh OPEC jatuh ke paras 29.92 juta tong sehari yang menunjukkan pematuhan kepada perjanjian di paras 92%.

Berikutan laporan itu, harga minyak mentah melonjak 1.6% dalam dagangan Jumaat. Walaubagaimanapun, harga minyak mentah berada di bawah tekanan dalam sesi Asia hari ini disebabkan kenaikan jumlah pelantar di US seperti yang dilaporkan oleh Baker Hughes.

Baker Hughes melaporkan peningkatan pelantar minyak di US empat minggu berturut-turut dengan kenaikan 8 pelantar minyak kepada 591 bagi minggu berakhir 10 Februari. Jumlah pelantar setakat ini adalah yang tertinggi sejak minggu berakhir 23 Oktober 2015 yang mencatat 594 pelantar.

Walaupun harga minyak mentah terus terancam oleh peningkatan bekalan dari US, harga komoditi ini kurang mendapat kesan dari peningkatan ini. Harga minyak mentah akan terus disokong oleh pemotongan oleh OPEC dan non-OPEC dengan Arab Saudi telah mengurangkan pengeluarannya lebih dari yang sepatutnya.

Tambahan lagi, laporan EIA turut menunjukkan permintaan global terhadap komoditi ini akan meningkat dalam julat 1.4 juta tong sehari, naik sebanyak 100,000 dari yang dilaporkan sebelum ini.

Ketika ini harga minyak mentah hampir memadam kenaikan pada Jumaat dengan minyak WTI (West Texas Intermediate) di dagang di paras $53.55 setong turun dari paras tertinggi Jumaat $54.47. Manakala minyak Brent (Brent-oil) sedang berada di paras $56.05 setong turun dari paras tertinggi Jumaat iaitu $57.04 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat