Harga Mencanak, NZD/USD Rekod Paras Tertinggi Terbaru 20 Bulan!

375

Sesi Asia pada hari ini (Rabu) menyaksikan dolar New Zealand melonjak tinggi mengukuhkan nilainya susulan keputusan mesyuarat polisi bank pusat New Zealand.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) masih mengekalkan kadar faedah di paras 0.25% setelah sebelum ini dikhabarkan kadar faedah negatif menjadi pertimbangan.

Menurut Gabenor Adrian Orr, kadar faedah akan kekal di paras terendah 0.25% tersebut sehingga tahun hadapan. Beliau juga menyatakan bahawa aktiviti ekonomi kekal bertahan berdepan krisis pandemik, lebih baik berbanding unjuran.

Di samping itu, RBNZ telah mengumumkan rangsangan tambahan baru (FLP) yang bernilai NZ$28 bilion yang akan bermula pada Disember ini.

Secara keseluruhannya, sentimen polisi bank pusat yang bernada hawkish ini telah menjadi faktor menyokong lonjakan dagangan Kiwi dalam pasaran.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang NZD/USD, harga telah menunjukkan kenaikan melepasi paras 0.68300 selepas menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga.

Kenaikan yang dipamerkan telah mencecah paras ketinggian sekitar 0.69000 setakat jam 11.30 pagi (waktu Malaysia) dengan momentum yang masih kukuh.

Kenaikan ke paras ketinggian tersebut juga telah merekodkan paras tertinggi terbaru 20 bulan, iaitu sejak Mac 2019.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menguji paras rintangan harga pada Mac 2019 iaitu pada 0.69300. Jangkaan kenaikan lebih tinggi akan menguji paras 0.70000 pula.

Namun jika harga kembali membuat penurunan berkemungkinan dengan pengukuhan semula US dolar yang menekan harga, zon RBS (resistance become support) pada 0.67000 akan menjadi paras sokongan yang diuji harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat