Harga Meningkat Sederhana, EUR/USD Kekal Pulih Atas $1.0700

140

Mata wang Euro bergerak lebih baik berbanding US dolar sejak awal minggu hingga Selasa semalam ketika beberapa data menjadi tinjauan pasaran.

Bacaan akhir inflasi Eropah tidak berubah pada 2.6% sementara tinjauan ZEW sentimen ekonomi Jerman tidak mencapai ke paras angka ramalan.

Sementara, di sesi New York tumpuan diberikan pada penerbitan laporan jualan runcit Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Mei dengan bacaan yang agak merosot, menunjukkan perbelanjaan pengguna yang suram.

US dolar kekal melemah apabila bacaan data ekonomi terbaru itu kurang memberangsangkan, namun penganalisis masih menjangkakan potensi untuk pengukuhan semula mata wang itu sekiranya tumpuan terarah kepada dasar monetari Federal Reserve (Fed) semula.

Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat masih bertahan di atas zon 1.07000 yang memulih dari kejatuhan minggu lalu.

Kenaikan pada sesi New York semalam yang mencapai ketinggian 1.07600 dilihat mengatasi dagangan pada Isnin lalu, menunjukkan corak kenaikan harga dikekalkan.

Pergerakan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu juga turut memberi isyarat untuk permulaan trend bullish.

Namun, pergerakan dalam julat yang perlahan masih membuatkan pelabur berhati-hati memerhatikan petunjuk terbaru.

Sekiranya kenaikan harga diteruskan lebih tinggi hari ini, sasaran untuk harga adalah untuk menuju zon 1.08000 dan menguji rintangan tersebut.

Jika berjaya rintangan ditempuhi, harga dijangka akan dipacu lebih tinggi ke sasaran seterusnya sekitar 1.09000.

Sebaliknya jika harga kembali ditekan jatuh ke bawah, melepasi zon 1.07000 akan menjadi petanda pergerakan bearish seperti minggu lalu bakal diteruskan.

Penurunan lanjut harga boleh dijangkakan untuk mencecah hingga sekitar 1.06000 untuk catatkan paras terendah terbaru mengatasi minggu lepas.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat