Harga Minyak Berada Di Bawah Paras Tertinggi 2 Dua Tahun Lalu, Laporan EIA Meleset Daripada Jangkaan

49

Harga minyak jatuh dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis sebelum menunjukkan peningkatan berikutan peningkatan inventori dan pengeluaran minyak mentah U.S. Namun kejatuhan harga tersebut dibatasi oleh usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh pada awal pagi sebelum naik sebanyak 0.02% kepada $55.34 setakat jam 9.50 pagi. Harga semasa kini bergerak di bawah paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini berada di sekitar jatuh pada awal pagi sebelum naik sebanyak 0.05% kepada $61.91 setong setakat jam 9.50 pagi. Harga kini tersasar daripada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Kedua harga minyak tersebut telah kehilangan hampir 5% sejak mencapai harga tertinggi 2 setengah tahun lalu.

Berdasarkan laporan Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah U.S meningkat sebanyak 1.9 juta tong kepada 459 juta tong bagi minggu berakhir pada 10 November. Peningkatan ini merupakan peningkatan 2 minggu berturut-turut. Berbeza dengan jangkaan penganalisis yang mensasarkan kejatuhan sebanyak 2.2 juta tong.

Pengeluaran minyak mentah U.S telah naik 15% sejak mencatat paras terendah pada pertengahan 2016.

Menurut penganalisis, kejatuhan terhalang menjunam lebih laju kerana masih didukung oleh usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong.

OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat