Harga Minyak Dah Naik Banyak Minggu Ini

319

Harga minyak terus memanjangkan penyusutannya daripada sesi sebelum ini, berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan permintaan yang mungkin terjejas akibat peningkatan berterusan kes Covid-19 dan rundingan mengenai pakej rangsangan yang masih tertangguh di Washington.

Kenaikan berterusan kes Covid-19 terus menjadi ketidakpastian utama kepada pasaran komoditi hitam itu kerana ia akan menentukan bagaimana dan seberapa pantas pemulihan permintaan minyak akan berlaku.

Sementara itu, White House dan Demokrat masih bergelut dalam mencapai kesepakatan dalam rundingan pakej rangsangan baru, menyebabkan harapan untuk melihat permintaan minyak meningkat semakin memudar.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat susut 11 sen kepada $41.84 setong, manakala minyak mentah Brent pula turun 10 sen kepada $44.98 setong.

Walau bagaimanapun, dagangan emas hitam ini bakal merekodkan prestasi terbaik mingguannya sejak awal Julai setelah melonjak ke paras ketinggian sejak Mac pada sesi dagangan hari Rabu.

Peningkatan ini telah disokong oleh penurunan ketara dalam bekalan minyak Amerika pada minggu lalu.

Dalam pada itu, Iraq dilaporkan akan mengurangkan pengeluaran pada bulan Ogos dengan tambahan sebanyak 400,000 tong sehari untuk mengimbangi semula pengeluaran yang gagal mencapai sasaran OPEC sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat