Harga Minyak Di Tahap Membimbangkan Selepas Terjun Lebih Rendah

412

Minyak mentah Brent jatuh lebih rendah ke bawah harga $40 setong buat kali pertama sejak bulan Jun, dengan WTI Amerika Syarikat turut mencatatkan kerugian pada sesi dagangan hari ini.

Penanda aras minyak mentah Brent diniagakan susut pada $39.48 setong, menyusuli kejatuhan lebih 5% pada Selasa. Sementara niaga hadapan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan lemah pada $36.37 setong setelah jatuh hampir 8% pada sesi dagangan Selasa.

Kedua-dua penanda aras diniagakan di sekitar tahap terendah tiga bulan dipengaruhi.

Kebimbangan meningkat terhadap krisis pandemik coronavirus yang berterusan telah melemahkan keyakinan pasaran terhadap prospek pemulihan permintaan global, lebih-lebih lagi setelah Arab Saudi menurunkan harga penjualan minyaknya menjadikan minyak AS kurang menarik untuk pembeli Asia.

Kes Covid-19 terus mencatatkan peningkatan di India, UK, Sepanyol dan beberapa negeri di Amerika Syarikat sehingga membawa jumlah kes di seluruh dunia kepada 27.5 juta dan angka kematian hampir mencecah 900,000, menurut data yang dikumpulkan Johns Hopkins University.

Selain itu, ancaman Presiden AS Donald Trump untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan China turut melemahkan harapan pasaran untuk melihat pemulihan permintaan dari pengimport terbesar dunia itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat