Harga Minyak Global Terus Meningkat

449

SINGAPURA: Harga minyak meningkat pada Jumaat berikutan langkah memotong bekalan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menyebabkan pasaran lebih ketat.

Bagaimanapun, kenaikan harga minyak dihadkan oleh peningkatan bekalan Amerika Syarikat (AS) dan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$57.45 satu tong pada 0116 GMT, naik 23 cent, atau 0.4 peratus daripada penutup terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$66.55 satu tong, naik 24 cent, atau 0.4 peratus.

Peniaga berkata, pasaran minyak kini semakin ketat.

Di Venezuela, yang berhadapan dengan krisis ekonomi dan politik, eksport minyak menjunam sebanyak 40 peratus kepada 920,000 tong sehari (bpd) sejak kerajaan AS melaksanakan sekata terhadap industri petroleum negara itu.

Penurunan itu sekali gus menyumbang kepada langkah memotong bekalan oleh OPEC, yang mana pakatan itu bersetuju untuk mengurangkan bekalan sebanyak 1.2 juta bpd dalam usaha menaikkan harga minyak.

“Pasaran minyak global lebih ketat daripada jangkaan pada tahun ini, bagaimanapun, jumlah tong yang tidak terjual boleh meningkat secara mendadak dan melebihi permintaan pasaran,” kata RBC Capital Markets dalam satu nota.

Sumber : Bharian

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat